Posts

Showing posts from May, 2019

SUAMI DIKATA ANAK, KAKAK DISANGKA ADIK!

Teringat saya raya tahun lepas, balik dari masjid dengan suami. Tengah jalan nak ke kereta selepas solat raya, terjumpa pula dengan jiran lama kami dulu, Ina. Dekat dua puluh tahun dah tak jumpa. Kami ni baru saja pindah ke perumahan ni, kira raya pertama beraya di rumah baru lah ni. Dah kami berjumpa semula ni, meriahlah suasana sekejap. . Dengan bertelekung selepas solat raya tu kami berborak dulu. Dia pun tanya rumah baru kami yang mana satu, sebab alang-alang hari raya ni, nak la datang bertandang. Celebrate raya sambil celebrate rumah baru dan mini reunion dengan jiran lama. Three in one. Sambil berborak tu, kami jalan ke kereta. Tak apalah sementara suami pun tengah berborak dengan suami Ina di halaman masjid. Diorang dulu pun memang rapat juga berdua tu. . Borak punya borak, tahu-tahu saja suami pun dah sampai ke kereta. Laju saja Ina menegur, itu anak sulung saya ke? Lama dah tak jumpa, itu rasa tak cam muka dia. Rasa tersentak saya sekejap. Saya katalah bukan, itu sua...