Wednesday, May 1, 2019

SUAMI DIKATA ANAK, KAKAK DISANGKA ADIK!

Teringat saya raya tahun lepas, balik dari masjid dengan suami. Tengah jalan nak ke kereta selepas solat raya, terjumpa pula dengan jiran lama kami dulu, Ina. Dekat dua puluh tahun dah tak jumpa. Kami ni baru saja pindah ke perumahan ni, kira raya pertama beraya di rumah baru lah ni. Dah kami berjumpa semula ni, meriahlah suasana sekejap.
.
Dengan bertelekung selepas solat raya tu kami berborak dulu. Dia pun tanya rumah baru kami yang mana satu, sebab alang-alang hari raya ni, nak la datang bertandang. Celebrate raya sambil celebrate rumah baru dan mini reunion dengan jiran lama. Three in one. Sambil berborak tu, kami jalan ke kereta. Tak apalah sementara suami pun tengah berborak dengan suami Ina di halaman masjid. Diorang dulu pun memang rapat juga berdua tu.
.
Borak punya borak, tahu-tahu saja suami pun dah sampai ke kereta. Laju saja Ina menegur, itu anak sulung saya ke? Lama dah tak jumpa, itu rasa tak cam muka dia. Rasa tersentak saya sekejap. Saya katalah bukan, itu suami saya. Dia ketawa, cakap ingatkan anak sulung saya sebab nampak iras suami tapi dalam version yang muda. Mula-mula saya ingatkan dia bergurau nak kata saya nampak tua lagi daripada suami, tapi bila nampak reaksi dia yang memang macam tak percaya, saya tahulah saya nampak lagi tua dari dia. Sebenarnya, umur saya dan suami sebaya. Sebelum ini pun memang ada orang dah tegur kalau jalan dengan kakak saya, orang tanya tu adik saya ke? Itu yang buat saya tersentap pula pagi-pagi raya.
.
Disebabkan terngiang-ngiang lagi kata-kata Ina, sudah seharian saya rasa tak ceria, membawa pula ke hari esok. Asal nak pergi beraya saja, saya pakai mekap tebal-tebal bagi tak nak nampak kesan kedutan yang dah mula ada di kawasan pipi dan dahi. Saya memang sedar ada garisan-garisan tu sejak beberapa bulan lepas. tapi tak ada masalah sebab kalau nak keluar rumah, saya touch up je. Suami pun tak ada cakap apa-apa pasal tu. Itu yang saya biarkan. Kalau nak kata beli krim untuk anti-penuaan tu, memang macam-macam jenis dah saya beli. Ada nampak kurang sikit sangat. Padahal pakai dah berbulan-bulan.
.
Petang hari raya kedua, kami balik ke kampung. Sampai di sana, memang semua adik-beradik saya dah ada. Jadi lepas salam mak saya, saya cari kakak sulung saya. Nak tanya dia apa patut saya buat dengan muka saya ni. Dia tahu serba-serbi bab kecantikan ni.
.
Nampak muka dia, saya tak tanya khabar dah. Terus tarik dia jauh sikit dari orang. Saya pun mengadulah dekat dia, orang lain nampak saya lagi tua dari suami. Rasa segan aje. Dia kata dekat saya, kalau macam tu, tak payah fikir banyak. Dia bagi saya nombor, suruh saya buat appointment. Dah macam mana pula saya nak buat appointment kalau nombor siapa pun saya tak tahu.
.
Dia kata itu nombor Marissa Aesthetic. Terus saya teringat, dia tiap kali raya mesti cerita dekat kami adik-beradik yang perempuan ni. Dia kalau raya tak miss buat facial sebab ada promosi. So, dia kata sebenarnya rawatan lain macam Serdev, benang kolagen dan lipolisis pun ada promosi. Berkerutlah kening saya. Serdev tu apa pulak? Nama facial versi baru  ke?
.
Dia gelakkan saya. Dia kata, rawatan Serdev tu rawatan nak bagi muka tegang cantik semula. Tak ada dah kedut-kedut ni. Tahan memang lamalah. Boleh sampai sepuluh tahun lagi tu. Dia kata dia pun ada buat tiga tahun lepas, tapi saja tak bagitahu kami. Tahu-tahu saja bila balik kampung, dah nampak lain sikit. Makin muda orang kata.
.
Rupanya itu rahsia dia. Selepas itu, saya tanya dia macam-macam lagi. Mana yang dia boleh jawab, dia jawab. Mana soalan saya yang advance sikit tu, dia kata saya kena tanya Marissa sendiri.
.
Berbulan - bulan juga saya fikir sama ada nak buat atau tak rawatan tu. Tapi dalam hati ni memang dah terasa nak buat sangat-sangat. Hari-hari saya bayangkan wajah saya nampak macam dulu, tak ada kesan penuaan walaupun satu garis halus. Wah! Siapa je yang tak nak. Akhirnya saya buat keputusan, sebelum raya tahun depan tu saya akan buat. Lagipun kakak saya kata dia buat sebab ada promosi raya. Haaa, dah untung dah dekat situ.
.
Saya tunggu punya tunggu, akhirnya muncul juga promosi raya Marissa Aesthetic yang saya tunggu berbulan-bulan tu. Laju saya klik dan buat appointment nak ke sana. Sampai hari yang dijanjikan tu, saya ada sesi konsultasi untuk rawatan Serdev. Waktu itulah saya tanya soalan yang saya kumpul dari dulu. Tapi tak adalah banyak mana. Sekadar untuk saya jelas lagi pasal rawatan ni.
.
Seterusnya, kami set tarikh untuk saya datang buat rawatan pula. Oh ya, lupa nak beritahu. Saya buat terus di Marissa Aesthetic Semenyih. Nak menunggu hari rawatan tu, makin tak sabar pula saya. Dan akhirnya selepas rawatan, memang saya gembira tak terkata. Kedutan yang saya kena sorok dekat dua tiga tahun tu akhirnya hilang sekelip mata! Lama saya tengok cermin. Masih lagi rasa tak percaya. Tak lupa juga snap gambar dan send pada kakak saya. Ada gambar before and after, baru rasa puas hati. Dia pun ucapkan tahniah kat saya dan kata tak perlu saya nak rasa segan dan tak confident lagi dah.
.
Kepada kakak sulung saya, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab bagitahu saya pasal rawatan ni. Kalau tak, sampai kesudah la saya nak kena mekap tebal-tebal nak bagi tak nampak kesan kedutan. Dan kepada team Marissa Aesthetic Semenyih, terima kasih atas rawatan dan layanan baik yang diberikan. Dari adik yang call saya sampailah pada Dr. Rushmini sendiri, semuanya baik melayan saya. Friendly sangat. Thank you so much!