Thursday, July 20, 2017


Serdeve Suture (Benang Kolagen)

Teknik Serdev

Bolehkah otot-otot ditegangkan semula? Jawapannya boleh. Pernahkah anda mendengar Teknik Serdev? Teknik Serdev dicipta oleh Dr. Nicholay Serdev dari Bulgaria. Dengan menggunakan teknik ini muka dapat diangkat semula tanpa sebarang jahitan dan torehan. Ia menggunakan benang khas yang diletakkan di bawah kulit kepala dan benang ini menarik otot yang memegang muka ke atas semula.

Teknik Serdev dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang komplikasi kerana ia tidak memerlukan bius keseluruhan (general anesthesia). Sebaliknya hanya memerlukan bius yang sangat minimum pada kulit kepala sahaja. Setelah dibius doktor akan memasukkan benang dan menegangkan muka. Tidak ada rasa sakit dan keputusannya dapat disaksikan sejurus selepas proses Serdev selesai.

Benang yang dimasukkan diperbuat daripada protein dan dicampur dengan antibiotik. Setelah rawatan dibuat, wajah tampak muda kerana segala kekenduran sudah di Tarik ke atas semula. Kehebatan rawatan ini adalah tidak memerlukan mereka yang menjalaninya bercuti panjang dan tidak pula perlu dimasukkan ke hospital. Anda Cuma perlu datang ke klinik dan dalam satu jam rawatan telah pun selesai. Anda akan mendapat wajah yang baru tanpa kendur.

Begitu mudah bukan?

Oleh kerana ia begitu sesuai bagi kita yang aktif bekerja ia turut dikenali sebagai non incisional face lift atau non scar method. Rawatan boleh digunakan untuk mengangkat kening yang jatuh, dan kelopak mata yang kendur membuat mata lebih luas terbuka.

Menurut Pakar Estetik, Dr Rushmini Maris Ismail, teknik ini selamat, berkualiti, berkesan, tiada kesan sampingan, tidak kelihatan kesan teknik berkenaan dan produk yang digunakan juga halal kerana ia berasaskan tumbuh-tumbuhan. Jika anda tidak mempunyai masa yang panjang untuk melakukan rawatan kecantikan, anda boleh mencuba rawatan ini yang sangat ringkas. Rawatan yang hanya beberapa minit ini membuatkan wajah anda tegang tanpa disedari oleh orang lain, ujarnya yang
merupakan pengasas Marissa Aesthetic di negara ini.

Tambah beliau, rawatan dapat membantu wanita yang berhadapan masalah apabila
usia meningkat dan berhadapan dengan kulit wajah yang mula jatuh, mengendur, menggeleber dan berkedut. Kebiasaannya, wajah kendur disebabkan lapisan bawah kulit yang dipanggil galeal jatuh.
Percaya atau tidak, wajah pelanggan akan kelihatan lebih tegang, muda dan cerah. Benang akan tertarik ke dalam dan menyerap ke dalam kulit dalam tempoh dua minggu serta kekal di dalamnya.

Rawatan ini boleh digunakan untuk menaikkan punggung, membentuk bibir, meruncing
dagu, dagu terbelah, membuat lesung pipit, menaikkan payu dara, menaik dan mengecilkan hidung, menaikkan pipi, menegangkan leher dan sebagainya. Benang itu mengandungi probiotik, vitamin-vitamin, vitamin C, kolagen dan fiber. Orang ramai yang ingin mendapatkan teknik Serdev dinasihatkan berjumpa dengan doktoryang bertauliah.

BERMINAT ? JOM KE MARISSA AESTHETIC BERDEKATAN DENGAN ANDA SEKARANG JUGA <3 p="">