Tua sebelum waktunya??? ohh tidak lagi dengan MARISSA
Teknik Serdev
Semalam kami didatangi seorang pelanggan yang bernama kak zah ( bukan nama sebenar). Hasil dari perbincangan kami mendapati umur beliau 48 tahun dan terdapat sedikit kekenduran pada bahagian muka, pipi dan dagu. Kami mencadangkan supaya kak zah menjalankan prosedur benang serdev. Oleh kerana keinginan untuk kelihatan muda dan menambat kembali hati suaminya. Kak zah telah bersetuju untuk membuat serta merta. Hasilnya beliau sangat berpuas hati kerana kesan yang dilihat serta merta dan wajah kelihatan 10 tahun lebih muda.
Bolehkah otot-otot ditegangkan semula? Jawapannya boleh. Pernahkah anda mendengar Teknik Serdev? Teknik Serdev dicipta oleh Dr. Nicholay Serdev dari Bulgaria. Dengan menggunakan teknik ini muka dapat diangkat semula tanpa sebarang jahitan dan torehan. Ia menggunakan benang khas yang diletakkan di bawah kulit kepala dan benang ini menarik otot yang memegang muka ke atas semula. Teknik Serdev dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang komplikasi kerana ia tidak memerlukan bius keseluruhan (general anesthesia). Sebaliknya hanya memerlukan bius yang sangat minimum pada kulit kepala sahaja.
PROSEDUR :
- Rambut akan disikat dan diikat dengan beberapa bahagian. Terdapat bahagian 4 penjuru yang utama akan ditanda. seperti gambar 1.1
- Pelanggan akan diberi ubat bius pada bahagian setempat seperti dalam gambar 1.2
- Setelah dibius doktor akan memasukkan benang kepada 4 bahagian tersebut
- Setelah benang dimasukkan doktor akan menarik benang dan mengangkat serta mengikat benang agar muka pelanggan mendapat kesan tegang.
- Setelah selesai pelanggan akan diberi rehat sebentar dan boleh meneruskan aktiviti seperti biasa.
Setelah rawatan dibuat, wajah tampak muda kerana segala kekenduran sudah di tarik ke atas semula. Kehebatan rawatan ini adalah tidak memerlukan mereka yang menjalaninya bercuti panjang dan tidak pula perlu dimasukkan ke hospital. Anda Cuma perlu datang ke klinik dan dalam satu jam rawatan telah pun selesai. Anda akan mendapat wajah yang baru tanpa kendur. Begitu mudah bukan?
Oleh kerana ia begitu sesuai bagi kita yang aktif bekerja ia turut dikenali sebagai non incisional face lift atau non scar method. Rawatan boleh digunakan untuk mengangkat kening yang jatuh, dan kelopak mata yang kendur membuat mata lebih luas terbuka.
Semasa menjalani kursus Teknik Serdev yang diajarkan sendiri oleh pengasasnya di Bulgaria saya berpeluang melihat sendiri bagaimana teknik ini diaplikasi dengan meluas di Barat dan di benua Eropah. Orang Eropah sangat sukakan Teknik Serdev. Mereka menggunakannya dengan meluas bagi menegangkan muka mencantikkan punggung (agar tidak jatuh), buah dada, mengecilkan hidung yang kembang dan pelbagai lagi. Oleh kerana benang yang digunakan terdapat pelbagai saiz maka ia sesuai bagi mengangkat kening dan mencantikkan hidung juga. Semasa belajar di University of Bulgaria dalam bidang ini saya juga melihat pelbagai prosedur kecantikan lain yang sangat mengkagumkan dibuat di sana. Mereka menanam rambut palsu yang kelihatan hidup dan boleh diwarnakan dan dikerinting sesuka hati. Ini adalah solusi yang baik bagi pengidap alopecia yang serius terutamanya wanita. Di sana saya menyaksikan selebriti dunia yang terkenal menjalani rawatan. Bagi saya pengalaman itu tidak mungkin akan dilupakan selagi hayat dikandung badan.
Di negara kita bidang estetika masih lagi menjadi bidang yang baru dan masih banyak ruang yang perlu diterokai bagi kita untuk mencapai kemajuan yang begitu. Namun begitu doktor kita giat berusaha meningkatkan kepakaran masing-masing dengan mengikuti kursus di luar negara bagi mempelajari kepakaran yang tinggi dalam bidang ini.
SEBELUM DAN SELEPAS
[PENGAKUAN]
Saya adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya. Saya berusia awal 60-an dan suami pula beza lima tahun dari saya. Walaupun sering mengikuti suami ke majlis berkaitan urusan perniagaan, namun saya masih kekok untuk menyesuaikan diri di khalayak ramai. Kurang berkeyakinan kerana wajah nampak lebih tua daripada suami adalah sebab saya lebih gemar menyendiri. Wajah saya lesu dan tidak bermaya. Suami pernah mencadangkan supaya menjalankan rawatan kecantikan sebagaimana isteri-isteri rakan perniagaannya. Saya berpandangan rawatan kecantikan dan anti penuaan hanyalah satu pembaziran semata-mata dan tidak diperlukan.
Sejak akhir-akhir ini saya berasa amat tertekan apabila wajah semakin tidak bermaya, kedutan semakin jelas dan pipi mula kendur dan tampak cengkung. Saya mempunyai masalah sukar tidur dan tiada selera makan. Akhirnya saya akur dengan cadangan suami mendapatkan rawatan kecantikan di Klinik Estetik milik rakan karibnya. Selepas menjalankan rawatan teknik serdev, saya kini bukan saya yang dulu. Saya sudah tidak lokek senyuman dan sudah pandai bermesra dengan orang ramai. Selama ini saya sudah salah sangka terhadap rawatan anti penuaan. Namun kini setelah mencubanya, wajah tampak muda seerta tubuh kini selesa walaupun dalam usia emas.
Menakjubkan teknik serdev tidak menyakitkan dan tidak memakan masa. Paling penting ianya selamat dan tidak meninggalkan kesan sampingan selain kesan kecantikan menakjubkan. - Puan Mary, 63 tahun dari Kuala Lumpur.

Informasi lanjut berkaitan Serdev @
Anda mahu kami di hubungi??
SMS MARISSA (jarak) INFO ke 32828
Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484
Shah Alam : 03-55233505 / 013-388 1353
Bangi : 03-8928 9334/ 013-335 1353
Nilai : 012-358 5949
Melaka : 06-317 0412 / 013-228 1353
Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561
WHATSAPP : 013-244 8484 / 012-608 0159
Kelantan : 097882304 / 013 388 0987
WEBSITE : marissa-esthetic.com
FACEBOOK : Marissa Aesthetic
PM kami terus untuk maklumat lanjut >>