Teknik Serdev Mencantikkan Wajah Dalam Masa Singkat
Sekian banyak teknik rawatan kecantikan diperkenalkan di negara ini bagi memberi pilihan terbaik kepada mereka yang ingin mendapatkan tubuh atau wajah yang sempurna.Usaha-usaha mendapatkan wajah atau tubuh yang diingini tidak pernah terhenti, apatah lagi formula dan kaedah yang diperkenalkan di pusat-pusat kecantikan semakin canggih dan terkini.
Baru dua tahun diperkenalkan di negara ini, teknik rawatan Serdev khusus dicipta bagi mereka yang mahukan wajah dan bahagian-bahagian badan yang kendur kelihatan tegang dan mantap.
Ia juga berfungsi untuk memperkecil dan membentuk anggota yang dikehendaki.
Uniknya, kaedah rawatan Serdev tidak memerlukan masa yang panjang untuk mendapatkan wajah yang cantik dan kelihatan muda sebagaimana yang diingini dan tidak perlu tinggal lama di wad misalnya.
Dengan hanya mengambil masa selama sepuluh minit hingga setengah jam (bergantung bahagian anggota badan), pelanggan yang mendapatkan kaedah itu tidak akan merasa sebarang kesakitan dan tidak akan menganggu masa harian mereka.Kaedah teknik kecantikan yang paling terkini ini sangat ringkas kerana hanya menggunakan benang dan jarum - prosedur yang dilakukan sebagaimana kita menjahit butang baju.
Ia juga selamat, berkualiti, berkesan, tiada kesan sampingan, tidak kelihatan kesan teknik berkenaan dan produk yang digunakan juga halal kerana ia berasaskan tumbuh-tumbuhan.
Teknik ini sangat ringkas, sehinggakan anda boleh melakukan rawatan ini ketika anda keluar rehat untuk makan tengah hari.Apabila anda balik semula ke pejabat, wajah anda akan menjadi begitu berbeza, namun orang tidak akan tahu apa yang membuatkan anda kelihatan lebih jelita sekiranya anda tidak memberitahunya,” katanya bergurau.
Wajah yang mengendur bukan disebabkan oleh kulit wajah, ia diakibatkan oleh lapisan bawah kulit yang dipanggil galeal menjadi kendur dan jatuh dan mengakibatkan wajah kelihatan kendur dan kulit tidak menegang.
Teknik ini juga selamat kerana ia tidak akan menganggu urat saraf berhampiran dengan kulit kerana setiap tempat yang ingin dimasukkan benang itu dipastikan terlebih dahulu tidak berbahaya.
Kaedah memasukkan benang itu dilakukan dalam keadaan nyahkuman. Benang itu sendiri mengandungi probiotik, vitamin-vitamin, vitamin C, kolagen dan fiber.
Selain wajah, rawatan ini boleh digunakan untuk menaikkan punggung, membentuk bibir, meruncing dagu, dagu terbelah, membuat lesung pipit, menaikkan payu dara, menaik dan mengecilkan hidung, menaikkan pipi, menegangkan leher dan sebagainya.Apabila ditanya kenapa ada wajah seseorang itu tampak lebih tua daripada usia sebenar, menurutnya ia bergantung kepada bentuk kehidupan yang diharungi, cara hidup dan faktor genetik.
Ada orang nampak muda bergantung kepada hormon dan genetik iaitu berapa jumlah kolagen dan fiber terkandung dalam wajah seseorang itu.